Thursday, January 8, 2009

Cendawan Tiram Kelabu

Perusahaan penanaman cendawan tiram kelabu ini telah lama di perkenalkan di Malaysia di sekitar tahun 1980an oleh Kerajaan Malaysia di bawah program Bioteknologi Malaysia. Bioteknologi penanaman cendawan di peringkat global telah bermula sejak tahun 1960an terutamanya di Negara China, Jepun, Eropah, Amerika Dan sebahagian Negara-negara Asia. Negara-negara tersebut telah berjaya meletakkan perusahaan penanaman cendawan sebagai satu sumber ekonomi negara mereka. Semenjak program Bioteknologi di perkenalkan pelbagai pihak telah menceburi bidang perusahaan ini di Malaysia. Dua faktor yang sangat menentukan kejayaan perusahaan tanaman cendawan ini ialah Bioteknologi Kultur benih kulat cendawan dan Bioteknologi Penanaman kulat cendawan dimana kedua-dua faktor ini telah sedia ada di Malaysia dan kesesuaianya memudahkan rakyat Malaysia untuk menceburi bidang ini. Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang telah dijalankan oleh para petani di Malaysia, beberapa faktor utama yang telah mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini ialah:-

a) Keuntungan yang tinggi dalam jangkamasa yang pendek

b) Kos pengeluaran rendah iaitu menggunakan bahan sampingan pertanian yang telah sedia ada di Malaysia contohnya dedak padi, kapur pertanian dan habuk kayu getah

c) Potensi pemasaran yang baik dan tidak mencukupi

d) Kandungan Nutrien pemakanan yang tinggi

e) Kepelbagaian produk kesihatan berunsurkan cendawan dan lain-lain lagi

No comments: