Monday, October 26, 2009

SEPINTAS LALU...khabar dari GOMBAK TENGAH AGRO...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas kekuasaanNya bertemu kita sekali lagi didalam ruangan yang sempit ini...Disini pihak Gombak Tengah (GTA) Agro ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong pihak GTA dari masa ke semasa.

Sedikit informasi terbaru yang dapat di kongsi mengenai aktiviti pihak GTA kini seperti biasa giat menjalankan aktiviti penjualan cendawan di sekitar Gombak dan pasar borong Selayang. Penghasilan bongkah juga seperti biasa di jalankan walaupun ada petanda-petanda serangan
KULAT OREN yang sedang menyerang bangsal kami. Alhamdulillah kesulitan tersebut hampir berjaya di selesaikan. PERHATIAN KEPADA PENGUSAHA-PENGUSAHA CENDAWAN !!! Berhati-hati ketika membeli HABUK KAYU kerana kebanyakkan habuk kayu sekarang tidak begitu baik.

Perancangan pihak GTA selepas ini ialah pihak kami sedang meneliti kertas cadangan untuk membina bangsal cendawan baru di atas tapak cadangan yang berkeluasan kira-kira 1 ekar bagi membina sebuah bangsal berukuran 40'X80'...Insya'Allah sekiranya tiada aral melintang projek tersebut akan di jalankan dalam masa yang terdekat ini.

Sekian sedikit kemaskini informasi mengenai pihak GTA pada kali ini.

Wassalam....
Jefri Mohd Saari







No comments: